Monday, December 29, 2008

JANGAN DIDEMDAM UKHUWWAH YANG DIBINA....

TEMAN.......

ANDAI AKU YANG BERSALAH
DENGAN RASA RENDAH DIRI
AKU MENYUSUN JEMARI INI
MOHON KEAMPUNAN.......

TEMAN....
ANDAI KAU YANG TERSALAH
TELAH LAMA KU LUPAKAN....

AKU TIDAK PERNAH MENDEDAMIMU
KERANA....
AKU SAYANGKAN UKHUWWAH YANG TELAH KITA BINA....

MAAFILAH AKU...

Friday, December 26, 2008

Untuk Apa Kahwin itu????????????


Kahwin Untuk Apa?


Sesetengah wanita hari ini yang tidak dapat merasakan ‘mahalnya’ sebuah perkahwinan. Malah semacam takut untuk berkahwin. Kurang yakin berkahwin itu syok, membahagiakan dan dapat beri ketenangan. Lalu hati kecilnya bertanya, “Kahwin untuk apa?” Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz mengulas kemelut ini.
Kahwin dilihat banyak timbulkan masalah, menyebabkan ada wanita yang rela tidak berkahwin.

Dalam hidup ini, kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata. Perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah bersabda, ‘Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.’ Dengan mengikut sunnah Rasulullah dalam berumah tangga, ia akan melahirkan ketenangan. Kita jangan tengok secara negatif, kita kena tengok yang positif. Bukanlah perkahwinan itu yang menyebabkan masalah tapi cara melaksanakannya.

Sebenarnya tak kahwin itu menyebabkan tidak tenang. Kalau Allah kata dengan berkahwin dapat ketenangan, Allah akan beri. Apa yang wanita selalu takut bila hendak kahwin? Takut risiko tidak dapat suami yang baik. Sebenarnya itu risiko kedua. Risiko pertama, celik mata saja kita tidak dapat berhubung, tidak dapat mengingati Allah.

Bila kita berhubung dengan Allah sepanjang masa, hati kita dipegang oleh hidayah Allah. Jadi, apa saja yang kita buat akan jadi amal soleh. Lalu Allah akan beri kehidupan yang baik (termasuk kehidupan berumah tangga).Kalau tak berhubung dengan Allah, syaitan akan berhubung dengan kita. Itu risiko kehidupan yang pertama.
Bila tak dapat buat amal soleh, datang risiko kedua – musibah. Atau Allah datangkan istidraj… kadang-kadang Allah beri badan yang sihat, harta yang banyak, diberi rezeki secara fizikal tapi tidak dapat rezeki dalam bentuk ketenangan. Ketenangan akan jatuh pada hati orang yang yakin pada Allah. Ini formula yang tak boleh dilanggar.

Ada wanita yang belum kahwin-kahwin sebab “Belum ada jodoh” atau “Susah nak cari calon, maklumlah kita ni orang perempuan.” Apa jalan keluarnya?
Saya kata, you pinanglah orang lelaki! Perkara ini tidak salah. Siti Khadijah dulu pun pinang Rasulullah. Buatlah dengan cara yang betul, seperti melalui orang ketiga. Soalnya, macam mana usaha yang dibuat untuk dapat jodoh itu?
Usaha ada dua aspek. Usaha nombor satu, hablumminallah. Kita baik dengan Allah dulu. Kenal pasti apa yang Allah suka. Lepas menyerahkan diri dengan Allah iaitu mengucap dua kalimah syahadah, kita dirikan solat. Solat biar yang betul-betul diterima Allah.

Betul rukun fi’li, rukun qauli dan rukun qalbinya. Kalau hendak tahu sama ada Allah terima atau tidak solat kita, lihat tindak-tanduk kita. Kita pun boleh rasa solat kita lalai atau tidak. Bila kita baik dengan Allah, kita minta pun dengan Allah. Allah taala akan pandu dalam usaha kita. Allah beri panduan. Allah tidak akan menganiayai kita. “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya kamu tetapi kamulah yang menganiaya dirimu sendiri,” maksud firman Allah.

Jadi usaha mesti dengan Allah dulu. Barulah kita boleh lakukan perubahan dalam hidup kita. Kita kena muhasabah. Kalau berlaku sesuatu pada diri kita, semak dulu macam mana diri kita dengan Allah.Dalam membuat keputusan, kita susah hendak nilai. Kita terlalu lemah. Kadang-kadang kita ikut luaran saja, sebab itu tersalah pilih pasangan.

Dalam soal ini, Allah kata, ‘Kau perlukan Aku’. Buatlah istikharah supaya dapat calon pilihan yang terbaik, yang boleh melahirkan kehidupan dan zuriat yang baik.
Ada wanita yang rasa rendah diri dan putus asa untuk kahwin sebab pernah dianiaya. “Dulu orang buat saya, orang sihir saya,” luahnya.
Kita jangan risau sangat apa yang orang hendak kenakan pada kita. Kalau kita baik dengan Allah, Allah tidak akan aniaya kita. Sebab itu asas tauhid sangat penting. Asas tauhid adalah asas untuk kenal siapa Allah – Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kaya… segala perbendaraan berada di tangan-Nya.

Maknanya, segala jodoh yang baik ada di tangan Allah. Allah juga maha pemurah. Jadi kalau kita ‘kawan’ baik dengan Allah, apa yang kita hendak bimbangkan? Sebab Yang Paling Kuat ada di sisi kita. Kita tak perlu takut dan bimbang. Mintalah supaya Allah pandu kita. Allah hanya akan memandu orang yang beriman.
Bila hendak pilih jodoh, kita perlu merisik. Apa yang hendak dirisik?
Perkara pertama untuk kenal calon pasangan, selidik solatnya. Macam mana solatnya. Kemudian risik sama ada mengaji Quran atau tidak, dan lain-lain perkara asas.
Bagaimana kalau dia jaga solat tapi akhlaknya kurang atau dia buat perkara-perkara yang tak sepatutnya?

Saya pernah ditanya oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah NGO. Mereka buat kajian masalah keluarga di dalam masyarakat. Dia tanya, ‘Doktor rasa apa punca timbulnya masalah keluarga ini?’ Kata saya, ‘Senang saja. Puncanya mereka tidak solat.’ Dia terperanjat kerana berdasarkan kajiannya, 50 peratus dari keluarga yang terlibat adalah orang yang tahu agama. Orang yang solat.
Ini bukan saya yang cakap tapi Rasulullah yang kata: Siapa yang solat yang solatnya tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, sesungguhnya dia tidak solat. Atau dalam hadis lain disebut, sesungguhnya dia bukan semakin hampir dengan Allah tapi bertambah jauh dari-Nya.

Jadi konsep solat adalah ‘mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’. Kita berikrar pada Allah lima kali sehari bahawa ‘hidupku, matiku… hanya untuk Allah’ tapi bila keluar dari solat, kita buat perkara yang tidak selari dengan ikrar kita. Sebab itu Rasulullah kata, kita sebenarnya tidak solat.
Solat sebenarnya dapat pastikan kita buat amal soleh, punca ketenangan. Jadi dalam memilih calon pasangan, pertama buat istikharah, kedua selidik. Selidik biar betul-betul, jangan sambil lewa.

Wanita bagaimana yang menjadi pilihan lelaki untuk dijadikan pasangan hidup?

Sebenarnya lelaki berkehendak kepada wanita solehah. Sebab wanita solehah inilah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. Menyejukkan pandangan mata. Untuk memilih calon isteri, manusia memang sukakan kecantikan tapi nombor satu mesti agamanya.

Agamanya itu yang akan cetuskan ketenangan. Bukan saja lawa fizikal tapi lawa juga akhlaknya. Lawa yang berkekalan adalah akhlak – itu yang menyejukkan pandangan mata dan hati. Sebab kita hendak tengok dia bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi sepanjang usia perkahwinan.
Cuba tanya pada orang yang berkahwin, kenapa kahwin? Pernah tak orang jawab, saya kahwin kerana Allah. Orang yang kahwin kerana Allah akan memastikan jenis pasangan yang dipilihnya. Dia akan kaji aturan Allah untuk mendapatkan pasangan.

Koleksi ANIS/ Temubual: Zakaria Sungib


Ya Allah.........
semoga tahun baru ini ada jadoh yang telah kau tentukan untukku....

SELAMAT TAHUN BARU,
SALAM MAAL HIJRAH 1430 H

Thursday, November 27, 2008

Pesanan buatmu Suhaidah.....


khutbah terakhir
Nabi Muhammmad S.a.w
( khutbah ini disampaikan pada 9 hb zulhijjah tahun ke 10 hijriyyah di lembah Uranah, gunung Arafah)

wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katkan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. oleh itu dengarlah dengan teliti kata- kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang- orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

wahai manusia, sepertimana kamu menggaggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci, kembalilah harta yang dlamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. jangalah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu, sekiranyan mereka menyempurnakan hak di atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan, pakaian dalam suasana kasih sayang. layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. dan hak kamu atas mereka ialah sama sekali tidak boleh memmasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

wahai manusia, dengarlah bersungguh -sungguh kata- kataku ini, sembahlah Allah, dirilah sembahyang lima kali sehari, berpuasal;ah di bulan ramadhan dan tunaikalah zakat dari harta kekayaan kamu, kerjakanlah haji sekiranya aku mamapu. ketahuolah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. kamu semua adalah sama. tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

ingatlah, bahwa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. oleh itu awasilah agar jangan sekali- kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. sesunggunhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranyan kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. itulah al- quran dan sunnahku.......

hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula ke[ada orang lain. semoga yang terakhir lebih memmahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar daruku. saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah -mu kepada hamba-hambamu..................



Suhaidah!
sayangilah dirimu, keluargamu dan orang-orang yang bersama0sama denganmu dalam perjuangan ini..............

Monday, October 6, 2008

Cinta segala cinta................




ya Allah,
kurniakan aku segala cintamu, segala cinta orang-orang yang menyintaimu dan segala amalan yang mendekatkan aku kepada cintamu....
Amin........

engkaulah tuhan yang menguasai percintaan ini.

Wednesday, September 24, 2008

Sejenak marilah Kita berfikir!!!!!!!!!!!

" Otak manusia begitu memesona. jutaan kumparan berkelip membentuk pola tertentu dari pola-pola yang lebih kecil, penuh erti dan tidak pernah diam.....
dengan perubahan-perubahan yang begitu harmonis. bagaikan bimasakti memesuki suatu kosmik yang berdansa "

" kemudian hatimu menjadi keras sesudah itu sehingga seperti batu, malahan lebih keras lagi. sebab ada batu-batu yang memancar sungai-sungai daripadanya dan ada pula yang terbelah mengeluarkan air.
dan ada pula yang meluncur jatuh, kerana takutnya kepada Allah. dan Allah tiada lengah akan apa yang kamu lakukan. "

Al- Baqarah 2:74

Wednesday, September 17, 2008

Aku tetap yakin!!!!


Ya Allah..........
aku tetap yakin, engkaulah tuhan yang maha pengasih dan penyayang...
walau seribu kali kau beri aku derita,
walau seribu kali aku putus cinta,
walau seribu kali aku tersungkur.....

ya Allah......
aku mohon jangan kau tarik rasa yakin dalam sanubari aku walau seinci....
aku mohon jangan biarkan walau sesaat rasa keliru singgah dalam hati ini

aku tetap yakin
hanya engkau yang maha penyasih
dan milik engkaulah perkasihan ini

aku akan tetap yakin
hanya engkau yang maha penyayang
dan milik engkaulah rasa sayang ini.......

hari ini aku kembalikan
rasa cinta, sayang dan rindu
yang aku ambil,....

walau aku terpaksa menanggung malu
biarku jawab pada ayah dan ibu
bahawa aku anaknya yang berdosa

ya Allah... aku sedar dan aku tahu
aku hambamu yang berdosa...
dan inilah kifarat dosa- dosa yang telah aku lakukan
aku tak pernah menyesal, atas apa yang terjadi.

kerana aku tak pernah meragui
janji-janjimu

sesungguhnya engkaulah tuhan yang MAHA PENYAYANG DAN PENGASIH

AMPUNKAN DOSA-DOSAKU YA ALLAH

Wednesday, September 10, 2008

Wanita Solehah

Solehah bererti baik ,maksud baik di sini ialah mengikut penilaian masyarakat islam disekitarnya.

jika seorang wanita itu diakui baik oleh masyarakat islam menurut kaca mata islam maka itulah dikira sebagai wanita yang solehah.

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" wanita yang baik menurut kaum muslimin, maka ia baik pula menurut penilaian Allah s.w.t"

1. Antara sifat orang soleh (solehah) melakukan kebaikan kepada semua orang tanpa memilih kasih sehingga kepada orang yang pernah membuat kejahatan terhadapnya.

2. Memberi kemaafan
3. Menghubung silaturrahim
4. Hormat menghormati

Monday, September 1, 2008

Pesanan Iman Al- Ghazali

PANDUAN IMAN AL-GHAZALI SUPAYA KITA TIDAK BERSIFAT ANGKUH DAN SOMBONG

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa berbanding kita.


2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.


3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui


4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui


5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.


6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakana didalam hati bahwa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan kembali kepada Islam, agama fitrah. Maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Sesungguhnya kita amat kecil di sisi Allah…… Kembalikanlah sifat Allah
Yang tanpa sedar kita mengambilnya untuk diri yang ternyata kerdil dan hina ini. Maha besar itu milik Allah dan maha agong itu milik Allah
Jadi siapa kamu untuk angkuh dan sombong???????????

Friday, August 8, 2008

BALADA INSAN BERDOSA

hari- hari dilalui
meninggalkan bersamanya dosa-dosa
detik waktu terus berlalu
warna hati kian legam

aduhai manusia berdosa
siapakah ia?

akulah manusia itu
yang tidur didalam sedar,
yang bermimpi dikala jaga
yang hanyut waktu berpaut
yang jahil dalan kealiman

sudikah wahai tuhan
kau ampuni manusia ini,
yang kini sedar kaulah tuhan
dan aku adalah hambamu

terimalah manusia hina ini
mendamba kasih pada yang esa
sesungguhnya
engkaulah kekasih
tuhan yang menguasai perkasihan..........

Balada Insan Berdosa

Wednesday, July 30, 2008

mama penat


Ya Allah
Mama rasa penat
berilah rasa kerehatan pada Mama

Ya Allah
Mama rasa terkilan
berikanlah rasa senang pada semua orang pada Mama

Ya Allah
berilah rasa sabar yang tinggi pada mama

Mama ingin menjadi
insan yang tidak mudah berkecil hati,
mama ingin menjadi
insan yang rasa lapang pada semua orang
Mama Ingin menjadi
insan yang tidak mudah berkecil hati

mama ini menjadi mama yang
engkau ciptakan untuk mengabdikan diripada semua perjuangan.

Monday, July 21, 2008

Anak- Anak kita




anak- anak kita yang berlari telanjang
dibawah mentari sumbing sambil bernyanyi lagu
ketakutan hari-hari ini( anak- anak kita)

Anak- anak kitakah yang memikul beban kesilapan kita
hingga dia tak kenal budaya canggung bangsa sendiri

selamatkan anak kita dari padang jerangkap samar
selamatkan anak kita
orde baru politikus usang

anak- anak kitakah yang bermain di hutan belukar
dengan senapang kayu umbi cambah
tak kenal bahaya ( anak-anak kita)

anak- anak kitakah yang tak tahu nak pulang
bila petang kerana terlalu mabuk main lastik
dan berpistolan..... pistol- pistolan

jaga-jaga anak kita
jangan sampai jadi hamba
jaga-jaga anak kita
kita ini orang merdeka

panggillah mereka pulang ( panggilah)
ayah nak ajar tentang kurang ajar
jadi mereka takkan sendiri lagi

panggillah mereka pulang ( panggillah)
ayah nak ajar tentang kurang ajar
jadi mereka takkan di momok lagi

fikir..... selamatkah kita di tangan tukang karut itu
fikir..... selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
fikir..... selamatkah kita di tangan ahli porpaorat itu
fikir...... selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
fikir..... selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
fikir..... selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu...........


pencipta lagu: M. Nasir
penulis Lirik : m. Nasir




sebuah lagu untuk renungan bersama.

Thursday, July 10, 2008

Berazamlah Menjadi Ummat Islam Yang Kaya

mengapa Allah s.w.t menyediakan kekayaan kalau Allah melarang manusia dari menjadi kaya? adakah manusia Islam dilarang menjadi kaya?? dan adakah umat Islam digalakkan menjadi miskin dan boleh dipijak -pijak oleh yang kaya?

adakah ummat Islam mesti hidup dan mempamerkan kedaifan kesengsaraan, kemiskinana supaya kafir laknatullah boleh memijak-mijak dan wewenangnya umat islam boleh dijadikan hamba manusia?

penjenamaan ciptaan siapa sebenarnya supaya umat ISlam tidak payah kaya? penjenamaan ciptaan siapa sebenarnya supaya umat ISlam itu daif, sengsara, derita boleh dipijak-pijak, penjenamaan siapa sebenarnya bahawa miskin tidak banyak soal dan senang masuk syurga?

penjenamaan siapa sebenarnya kekayaan bagi umat islam adalah jenayah besar? akhirnya untuk apakah kekayaan semulajadi Allah s.wt. berikan kepada kita??

untuk apakah allah menyediakan segala rupa kekayaan di sekeliling kita ini???

( di petik dari buku: Kaya sebelum Miskin Akhir Hayy & Razzi Armansur)

ayuh teman.........
berazamlah dari hari ini, saat ini, tika ini......
kita harus menjadi ummat islam yang kaya,

kerana semua kekayaan itu adalah di cipta untuk ummat Islam....

Saturday, July 5, 2008

Thursday, July 3, 2008

lihatlah ke dalam mataku






mingharap cinta kudus...
anugerah ilahi...

Lagu Cinta


menampak jalan yang menjauh
tentukan arah yang ku mahu
tem,patkan aku pada satu peristiwa
yang membuat hati lara

di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagian diakhir cerita.....

cinta tegarkan hatiku
tak mahu sesuatu merenggut engkau
naluriku berkata tak ingin
berulang lagi....
kehilangan cinta hati bagai
raga tak bernyawa

aku junjung petuamu
cintai dia yang mencintaiku
hadirnya dulu belayar kini
telah menepi...
bukahkah hidup kita akhirnya
harus bahagia........

cinta......

cinta....

bagaimanapun hidup
ini hanya cerita...
cerita tentang meninggalkan
dan yang di tinggalkan ........
cinta..

Ya Allah! dimana berakhirnya cintaku ini , aku hanya ingin mencari redhamu Ya Allah! YA Allah .. berilah aku petunjuk yang nyata dan sesungguhnya engkau mengetahui apa yang aku tidak ketahui

aku tidak mengharapkan emas bergunung tinggi, aku tidak mengharapkan pangkat berjajaran, kerna aku manusia biasa yang tidak punya apa- apa hanya memiliki hati yang cintakan sebuah perjuangan fisabillah.....

ya Allah, apa pun yang engkau berikan padaku, itulah yang terbaik untukku

aku ingin hidup dalam redhamu dan aku ingin mati bersama perjuangan ini.........

aku Suhaidah !

Golongan Yang Mendapat Naungan Syurga

tujuh golongan yang dinaungan oleh Allah dengan naungannya pada hari yang tidak ada naungan selain naungannya iaitu:

1. iman yang adil
2. pemuda yang tekun beribadat kepada Allah
3. lelaki yang hatinya terpaut di masjid sehingga kalau dia keluar dari masjid ia
berazam kembali lagi ke masjid
4. dua orang yang berkasih- kasihan kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerananya.
5. lelaki yang berzikir kepada allah di temapat sunyi sehingga mengalirkan air matanya.
6. lelaki yang diajak oleh wanita cantik dan mempunyai kedudukan untuk mengadakan hubungan terlarang kemudian dia berkata" aku takut kepada tuhan sekalian alam"
7. seseorang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya pun tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya
( H.R. Buhkari dan Muslim )

mungkin anda telah banyak kali mendengar atau membaca hadis ini, sekadar untuk berkongsi kerana hadis ini amat sesuai dengan kita orang muda.... punyai rasa muda, nafsu membara, semuanya bergegar dan berantakan berlawan, beradu kekautan antara iman dan nafsu, yang mana mendahului dan menguasai pribadimu.....

muhasabah buat diri ini yang sering berdosa..........

Golongan Yang Mendapat Naungan Syurga


tujuh golongan yang dinaungan oleh Allah dengan naungannya pada hari yang tidak ada naungan selain naungannya iaitu:

1. iman yang adil
2. pemuda yang tekun beribadat kepada Allah
3. lelaki yang hatinya terpaut di masjid sehingga kalau dia keluar dari masjid ia
berazam kembali lagi ke masjid
4. dua orang yang berkasih- kasihan kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerananya.
5. lelaki yang berzikir kepada allah di temapat sunyi sehingga mengalirkan air matanya.
6. lelaki yang diajak oleh wanita cantik dan mempunyai kedudukan untuk mengadakan hubungan terlarang kemudian dia berkata" aku takut kepada tuhan sekalian alam"
7. seseorang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya pun tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya
( H.R. Buhkari dan Muslim


Wednesday, July 2, 2008

Dalam Hati Ada Nama



Dalam hati ada cinta
dalam cinta ada rindu
dalam rindu ada resah...
ada sendu
ada syahdu
ada sesak
ada sebak....
ada nama aku seru!
ada hujan yang menitis
ada nyilu dihati....
entah dia bagaimana?

pahit pekat nak ditelan
nak diluah, taknak hilang
makin dilayan makin melayan
makin sakit, ubatnya tiada.......

hanya tuhan tempat mengadu
hanya tuhan maha tahu,

andai dia jodohku di arashmu
kau satukanlah 2 hati yang gelisah
andai hanya mainan nafsu
hapuskan....
rasa indah nan palsu ini
hilangkan nama ini dalam hidupku......

Sunday, June 22, 2008

cinta mengubah segalanya.

manusia bisa merancang, namun tuhan yang menentukan segalanya... andai takbir yang dirancang diatas takdir Allah... maka berlakulah takdir sebagaimana dikehendaki... andai apa yang dirancang sebaliknya dari qada' dan qadar Allah maka apa yang diimpikan pasti berkecai....

disitulah sebenarnya kasih sayang ALLAH. jika hati pedih dan sakit... sebutlah nama ALLAH.... jika hati berdarah parah..... alunkan zikir-zikir.......... biar zikir itu sentiasa basah dibibirmu..

engkau akan berjumpa sebuah ketenangan.

jika hatimu dibuai rasa indah nan paslu..... hapuskan segera! carilah cinta sejatimu... cinta kudus dari ILAHl

CINTA MENGUBAH SEGALANYA, BIAR PETAH ENGKAU BERKATA-KATA... ENGKAU AKAN HILANG BISANYA BICARAMU... BIAR TANGKAS ENGKAU BERLAWAN DAN BERHUJAH ENGKAU AKAN SEPERTI KUDUP BUNGA YANG SEOLAH-OLAH MALU DAN KAKU.

Wednesday, June 18, 2008

Nasihat Buat Mama Dan Puteri-Puterinya...



Wahai puteri -puteriku....

lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. dia datang untuk meminang dan mengahwinimu..

seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: mencapai kebahagian yang tinggi iaitu bersuami, menjadi isteri yang solehah, terhormat dan ibu rumahtangga yang baik....

perkahwinan adalah cita-cita yang paling tinggi bagi wanita. jawatan wanita yang tinggi sama ada sebagai anggota perlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada di bawah perkahwinan....

di petik dari Nasihat buat Putera puteriku!

Friday, June 13, 2008

Ya Allah bukalah pintu hati Mama


Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.
Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah. ..........
.........

di petik dari Al -HIdayah

Tuesday, June 10, 2008

Dialah yang menguasai Percintaan Ini

Bismillah Ar – Rahman Ar- Rahim.

Andai kau rasa dengan menyintaiku,
Cintamu terhadap penciptamu makin pudar dan melayu
Maka, tinggalkan aku

Andai kau rasa dengan menyintaiku,
Dirimu makin dekat pada penciptamu...
Maka, pupuklah ia hingga ke gerbang
Cinta hakiki....

Aku hanyalah insan biasa
Yang punya cita-cita menjadi
Luar biasa..

Andai kita tidak ditakdirkan bersama
Ingatlah, bahawa rasa indah itu milik Allah
Dan dialah yang menguasai segala rasa indah
Yang kita ada.

SELAMAT HARI LAHIR
BUAT PENJUANG AGAMA ALLAH

SUHAIDAH BTE. SUHAIMI
2 JUN 2008

Tuesday, June 3, 2008

Cinta!

ya cinta bukan segalanya tapi kehilangan cinta seperti hilang segalanya teman! mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang alami perpisahan... hanya cinta kepada Allah yang tidak, jika kau menyintai mencintai seseorang ada dua kemungkinan di tolak atau di terima! jika ditolak pasti sakit, perit, namun teman, jika kau mencintai Allah pasti ia terima jika kau mencintai Allah engkau tidak akan pernah merasa kehilangan tidak akan ada yang merebut Allah dari hatimu. tidak akan ada yang merampas Allah darimu jika kau bermesra dengan Allah, hidup bersama cintanya kau tidak akan berpisah dengannya Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu kecuali kamu sendiri yang pergi darinya cinta yang paling bahagia, adalah cintamu untuk Allah.. semoga percintaan antara aku dan dia, dan kalian dan semua adalah diatas kasih sayang da kerana Allah!

Monday, June 2, 2008

Mama akan terus berbicara


Mama akan terus berbicara

di hati ini.....




Aku adalah aku
warisan mama dan papa
suhaimi dan shamsiah
lahirnya dengan rasa cinta

cinta......
aku lahir kerana cinta
aku hidup dengan cinta
aku sempurna kerana cintanya
aku menyintai kerana cinta
hidup pasti sepi tanpa cinta

ya ilahi....
dengan cintamu aku ingin bercinta
jangan kau beri hatiku pada mereka
yang bukan pencinta...
pencinta agamamu,

wahai sahabat!
jangan kau ambil hatiku, kalau bukan kerana cinta
cintaku hanya satu
tidak akan berubah menjadi dua
sanggupkah berjuang bersamaku sahabat?
bersama berlari,mengejar, mencari...
kemanisan iman...

sanggupkah bersamaku sahabat?
bercinta dalam redha Allah...



Mama Sue
Srikandi Cinta Ma dan Ayah

Monday, May 26, 2008

Selamat Berangkat Anakku!


Assalamualaikum Kak...
Shah jalan dulu...jangan lupa doakan untuk Shah, Shah akan merindui orang di sini. terima kasih kerana menjaga Shah selama ni, mendidik Shah dari sebuah kertas kosong,menjadi kertas yang penuh tulisan indah.......terima kasih kerana menjaga makan dan minum Shah. walaupun hanya seminggu Shah bersama-sama Akak dan adik -adik di Pusat ini namun terasa amat berat untuk Shah meninggalkan semua disini..... salam rindu untuk semua di sana..........

itulah, lewat Sms yang dikirimkan oleh seorang pelajar Pusat Latihan yang baru seminggu kami syahadahkan. betapa berat hati aku untuk melepaskan ia pergi, namun apakan daya, terasa masih teerlalu banyak hendak ku berikan segala ilmu tentang Islam, tentang akidah, tentang fekah........

semangat aku makin berkobar-kobar bila aku melihat betapa Shah begitu bersungguh untuk belajar..... selamat belajar Anakku!

sebelum aku meniggalkan Shah pagi itu, aku sempat berbual dengannya

Shah kalau ada apa -apa hal jangan lupa telifon kami di sini ya!
Ya, Akak......
satu akak nak minta Shah jaga.... Kalimah La ilaha illallah.

Ya, Allah jagalah anakku ini.

Saturday, May 24, 2008

Ya Allah!

Ya Allah!

bila Mama berbicara
biarlah bicara itu, bicara perjuangan

Ya Allah !

bila Mama berbicara
biarlah bicara Mama memberi ketenangan pada hati yang keliru

Ya Allah!
bila Mama berbicara
biarlah bicara Mama, bicara mengajak mengingatimu tuhan

Ya Allah!
jangan kau biarkan,
mama bicara sesuatu yang sia-sia
bicara palsu atau bicara dusta...

Ya Allah!
aku mohon perlindunganmu
dari binasa kena lidah yang tajam

Ya Allah....
mama jahat dalam bicara, kerana ia telus
namun biarlah hati mama suci dari segala prasangka....

Mama Sue.

Ya Allah!

Friday, May 23, 2008

Jangan bersedih sayangku!




Betapa sering engkau mengeluh dan mengatakan
bahawa engkau tidak punya apa-apa......
padahal bumi, langit dan bintang-bintang
semua disediakan untukmu

begitu pula laman pertanian menghijau
bunga-bunga yang aneka warna
nan harum semerbak aromanya......
dan burung-burung terkukur yang merdu kicauannya

air yang ada disekitarmu berkilauan bak perak
dan mentari yang ada diatasmu
bak emas nan menyala,

suku pribumi dilereng dan puncak bukit
membangunkan khemah-khemahnya nan indah...
adakalanyas mereka beralih ke tempat lain.
dunia dengan segala keindahannya
disajikan untukmu

maka mengapa engkau bermuram durja?????

dunia pun tersenyum
maka mengapa engkau tidak ikut tersenyum?
jika engkau bersedih
kerana kejayaan yang telah berlalu
maka mustahil engkau dapat meraihnya kembali
dengan menyesalinya
atau engkau takut tertimpa musibah
maka mustahil engkau dapat mencegahnya hanya dengan bermuram durja....

atau engkau telah lalui masa mudamu
maka jangan kau katakan bahawa zaman telah menua........

perhatikanlah,
sampai sekarang masih bermunculan dari bumi
pelbagai tetumbuhan yang sangat indahnya
sehingga seakan- akan berbicara kepadamu!!!!

jangan bersedih wahai insan
usah ratapi apa yang bukan milik kita
hargailah yang masih berjuta
apa yang tuhan sediakan untuk kita..........

jangan bersedih sayang!

Thursday, May 22, 2008

PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA



Pertemuan
menghadiahkan kita kasih sayang
jika cinta satu pasti bertemu
yang tidak ternilai
kerana diantara hati kita
telah tiada antaranya lagi
yang ada hanya cinta kasih ilahi

kita berpisah hanya sementara
kerana pertemuan bukan milik kita
jasad dan suara berjauhan sentiasa
namun cinta abadi

biar berpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat
bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah


bicara kita adalah bicara sufi
tanpa suara dan kata-kata
kerana penghubung kita
adalah suara hati
bertemu berpisah kerana Allah

* ku dendangkan puisi ini khas buatmu kekasihku......
sesungguhnya, kasih sayang kita diatas kasih sayang Allah.

Thursday, May 15, 2008

Selamat hari guru!



Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru ku...... guru tadika ku hinggalah ke pensyarah- pensyarahku dahulu, budi kalian tidak termampu untuk aku membalasnya....

Dan hari ini, aku begitu terharu bilamana pelajar-pelajar mengucapkan " selamat hari guru ustazah!" oh rupanya telah lama ku tinggalkan zaman persekolahan dan hari ini aku punya tanggungjawab untuk mendidik anak bangsaku.... demimu tuhan, lillahi taala

" YaAllah! engkau mengetahui bahawa hati- hati ini ( orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihimu. bertemu untuk mematuhi perintahmu. bersatu memikul beban dakwahmu, hati- hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulatkan dan menyokong syariatmu. maka eratkanlah YA Allah akan ikatannya. kekalkan kemesraan antara hati-hati ini dengan limpahan iman / keyakinan dan keindahan tawakkal kepadamu, hidup suburkan hati- hati ini dengan ma'rifat ( pengetahuan sebenar) tentangmu..... jika engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamamu. engkaulah sebaik- baik sandaran dan sebaik- baik penolong............

amin ya Rabal Alamin.

Tuesday, May 13, 2008

......

Hati Kecil Mama

baby........

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu aku ucapkan kepada semua yang bergelar ibu, bakal ibu dan yang akan menjadi ibu di seluruh Malaysia, jadilah ibu yang terbaik buat anak- anakmu. ingatlah bahawa sifat dan sikap anak kita adalah cermin kepada diri kita........ jika anak kita nakal mungkin dulu pun kita agak nakal..... jika anak meninggikan suara bila berbicara dengan kita, mungkin dulu kita sering melawan cakap ibu.......... atau mungkin Allah ingin melihat sejauh mana sabarnya kita dalam mendidik anak- anak.

mungkin aku bukanlah insan yang layak untuk memberi nasihat atau berbicara tentang anak- anak. aku sering memasang angan-angan untuk menjadi ibu kepada seorang pejuang, untuk menjadi ibu kepada seorang pemimpin. layakkah aku Oh. tuhan?

disaat ini aku senang bersama anak -anak Pusat Latihan Ini. merekalah yang mewarnai hidupku, terasa hidupku terisi dan hidup. doaku semoga anak- anakku ini menjadi perintis sebuah perubahan,menghidupkan syiar Islam....... Ya Allah aku ingin melihatnya.......

salam sayang yang teramat sayang buat ibuku....

Shamsiah bte. Ya
izinkan aku meminjam semangatmu ibu, aku sayang Ma.

Wednesday, May 7, 2008

Selamat berkenalan sahabat!

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya... ( Bicara Mama). marilah bersama- sama saya kita berbicara, anda boleh berbicara apa saja asalkan yang berkaitan dengan perjuangan untuk hidup, perjuangan untuk agama, perjuangan untuk mendapatkan redha Allah........ berbicaralah dengan saya kerna saya manusia yang sentiasa dahagakan ilmu dan pengetahuan. siapa tahu bicara kita diberkati dan dikira satu ibadah oleh yang maha esa.............