Saturday, January 10, 2009

Bila Mama Bicara tentang cinta

Dengan nama Allah Yang Maha Pemgasih Lagi Maha Penyayang

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu 'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut.
Fitrah seorang manusia pasti ingin dicintai dan mencintai. Pentingnya cinta ini dapat dilihat dari kisah Adam dan Hawa seperti yang tertulis di dalam Al Quran. Cinta Adam dan Hawa dipisahkan kerana pujuk rayu syaitan sehingga mereka dipisahkan oleh jarak yang ribuan batu. Namun, cinta itu mempunyai kuasa yang tersendiri. Disebabkan itu jualah, Adam dan Hawa akhirnya kembali bersatu. Sekiranya kita imbau realiti pada hari ini, bagaimana kuasa cinta boleh menyebabkan orang Islam murtad. Cinta ibarat cahaya yang menerangi kegelapan.

Sedarkan kita disebalik rasa cinta terhadap manusia terselit rahsia cinta-Nya. Cinta kepada keluarga, kekasih, suami atau isteri, siapakah yang menganugerahkan perasaan ini kepada kita? Wajarkah kita mencintai manusia melebihi segala-galanya. Seandainya anda membeli kuih yang enak dimakan, adakah anda akan bertanya siapa yang membuatnya atau dimanakah kuih tersebut dibeli? Sudah pasti anda ingin tahu siapa yang membuatnya. Begitulah juga dengan cinta. Rasa cinta diterbiatkan dalam hati manusia oleh Allah. Maka, Allah cinta pertama yang perlu dikejar. Pencipta kepada cinta yang dihadiahkan kepada kita terhadap insan yang dikasihi.Laungan azan itu tanda panggilan dari kekasih. Lima kali setiap hari kita dilaungkan untuk menuju cinta Allah yang abadi. Solat mengajar manusia apa erti cinta. Dalam sebuah Hadis Qudsi menyebut, setiap kali seorang hamba mengingati Allah, maka Allah akan mengingatinya dalam majlis dan khalayak yang lebih baik daripada yang ada pada manusia. Apabila anda mempunyai temujanji dengan kekasih sudah pasti anda akan cuba untuk menepati janji anda pada masa yang tepat. Itulah hakikatnya. Persoalannya, mengapa apabila laungan azan berkumandang anda lengahkan solat? Sedangkan anda ingin mengejar cinta yang hakiki. Solat merupakan penawar rindu bagi kita yang merindui-Nya. Sebagai manusia, sepatutnya kita mendahului cinta Allah sebelum mengejar cinta hambaNya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang, sehingga Allah dan Rasul lebih ia kasihi daripada ibu bapa dan anaknya.
Justeru, cinta Allah s.w.t. itulah yang paling layak untuk kita kejar, kerana ia adalah sumber segala kecintaan dan kasih sayang. Dalam konteks cinta dan kasih sayang kepada Allah S.W.T, adalah termasuk dalam perkara yang disebut sebagai "halawatul Iman" (kemanisan Iman) atau ni'mat yang sebenar. Semoga berjaya meraih cinta Ilahi. suatu hari nanti, sebagaimana inti sari yang terkandung di dalam doa Rasulullah s.a.w.: Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

sekadar renungan buat diriku dan juga buat anak- anak mama... Ya Allah jangan kerana cinta engkau binasakan aku,. aku jadi nanar dan berpinar - pinar... namun aku yakin ALLAH dan RASUL tetap pertama bertakhta di hati ini....

Thursday, January 8, 2009

Kenali Islamic Outreach ABIM

di seni aku kenal erti perjuangan.............

Tuesday, January 6, 2009









http://www.blogger.com/img/blank.gif
Add Image

gambar- gambar kesayangan Mama


Saturday, January 3, 2009