Tuesday, June 15, 2010

bersolat , doa boleh atasi tekanan....

Assalamualaikum....

lama benar mama meninggalkan blog ini, namun bukan bermakna mama telah melupakan. cuma waktu dan kesempatan tidak ada untuk mama menukilkan sesuatu. insyaallah, selepas ini mama akan sajikan untuk anda satu pengembaraan hidup. Hidup sang pengembara.......

( bersolat, doa boleh atasi tekanan)

apabila berdepan dengan masalah,lazimnya diri diselubungi tekanan,malahan fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak pernah berkesudahan. ada beberapa cara boleh kita amalkan.......

* anggaplah masalah itu sebagai satu ujian yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: patutkah beriman,sedang mereka tidak diuji( dengan sesuatu cabaran) dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka.maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang yang berdusta ( al-angkabut :2-3)

* setiap masalah ada hikmatnya, seperti dapat mengugurkan dosa. nabi s.a.w bersabda maksudnya : tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun- daunnya( hadis riwayat al-bukhari)

* ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. nabi s.a.w bersabda, maksudnya: sesiapa dikehendaki Allah bagiya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya ( hadis riwayat al'bukhari )