Sunday, June 22, 2008

cinta mengubah segalanya.

manusia bisa merancang, namun tuhan yang menentukan segalanya... andai takbir yang dirancang diatas takdir Allah... maka berlakulah takdir sebagaimana dikehendaki... andai apa yang dirancang sebaliknya dari qada' dan qadar Allah maka apa yang diimpikan pasti berkecai....

disitulah sebenarnya kasih sayang ALLAH. jika hati pedih dan sakit... sebutlah nama ALLAH.... jika hati berdarah parah..... alunkan zikir-zikir.......... biar zikir itu sentiasa basah dibibirmu..

engkau akan berjumpa sebuah ketenangan.

jika hatimu dibuai rasa indah nan paslu..... hapuskan segera! carilah cinta sejatimu... cinta kudus dari ILAHl

CINTA MENGUBAH SEGALANYA, BIAR PETAH ENGKAU BERKATA-KATA... ENGKAU AKAN HILANG BISANYA BICARAMU... BIAR TANGKAS ENGKAU BERLAWAN DAN BERHUJAH ENGKAU AKAN SEPERTI KUDUP BUNGA YANG SEOLAH-OLAH MALU DAN KAKU.

Wednesday, June 18, 2008

Nasihat Buat Mama Dan Puteri-Puterinya...



Wahai puteri -puteriku....

lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. dia datang untuk meminang dan mengahwinimu..

seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: mencapai kebahagian yang tinggi iaitu bersuami, menjadi isteri yang solehah, terhormat dan ibu rumahtangga yang baik....

perkahwinan adalah cita-cita yang paling tinggi bagi wanita. jawatan wanita yang tinggi sama ada sebagai anggota perlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada di bawah perkahwinan....

di petik dari Nasihat buat Putera puteriku!

Friday, June 13, 2008

Ya Allah bukalah pintu hati Mama


Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.
Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah. ..........
.........

di petik dari Al -HIdayah

Tuesday, June 10, 2008

Dialah yang menguasai Percintaan Ini

Bismillah Ar – Rahman Ar- Rahim.

Andai kau rasa dengan menyintaiku,
Cintamu terhadap penciptamu makin pudar dan melayu
Maka, tinggalkan aku

Andai kau rasa dengan menyintaiku,
Dirimu makin dekat pada penciptamu...
Maka, pupuklah ia hingga ke gerbang
Cinta hakiki....

Aku hanyalah insan biasa
Yang punya cita-cita menjadi
Luar biasa..

Andai kita tidak ditakdirkan bersama
Ingatlah, bahawa rasa indah itu milik Allah
Dan dialah yang menguasai segala rasa indah
Yang kita ada.

SELAMAT HARI LAHIR
BUAT PENJUANG AGAMA ALLAH

SUHAIDAH BTE. SUHAIMI
2 JUN 2008

Tuesday, June 3, 2008

Cinta!

ya cinta bukan segalanya tapi kehilangan cinta seperti hilang segalanya teman! mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang alami perpisahan... hanya cinta kepada Allah yang tidak, jika kau menyintai mencintai seseorang ada dua kemungkinan di tolak atau di terima! jika ditolak pasti sakit, perit, namun teman, jika kau mencintai Allah pasti ia terima jika kau mencintai Allah engkau tidak akan pernah merasa kehilangan tidak akan ada yang merebut Allah dari hatimu. tidak akan ada yang merampas Allah darimu jika kau bermesra dengan Allah, hidup bersama cintanya kau tidak akan berpisah dengannya Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu kecuali kamu sendiri yang pergi darinya cinta yang paling bahagia, adalah cintamu untuk Allah.. semoga percintaan antara aku dan dia, dan kalian dan semua adalah diatas kasih sayang da kerana Allah!

Monday, June 2, 2008

Mama akan terus berbicara


Mama akan terus berbicara

di hati ini.....




Aku adalah aku
warisan mama dan papa
suhaimi dan shamsiah
lahirnya dengan rasa cinta

cinta......
aku lahir kerana cinta
aku hidup dengan cinta
aku sempurna kerana cintanya
aku menyintai kerana cinta
hidup pasti sepi tanpa cinta

ya ilahi....
dengan cintamu aku ingin bercinta
jangan kau beri hatiku pada mereka
yang bukan pencinta...
pencinta agamamu,

wahai sahabat!
jangan kau ambil hatiku, kalau bukan kerana cinta
cintaku hanya satu
tidak akan berubah menjadi dua
sanggupkah berjuang bersamaku sahabat?
bersama berlari,mengejar, mencari...
kemanisan iman...

sanggupkah bersamaku sahabat?
bercinta dalam redha Allah...



Mama Sue
Srikandi Cinta Ma dan Ayah