Monday, February 23, 2009

Renungan bersama

Didiklah jiwa mudamu..... anak-anakku...

dalam kehidupan seharian kita, satu sifat yang sering kita amalkan... yang paling ketara kita lakukan, iaitu sifat suka bertangguh. atau ayat yang terpacul dari mulut kita " nantilah dulu", sekejab lagilah" sebab itulah tidak tidak sedikit yang apabila masuk waktu solat, masih leka-leka dengan tugasan dan perkara-perkara yang sedang dibuat.

namun adakah saat kematian boleh ditangguh-tangguhkan? tentu ramai yang akan meminta tempoh kalaulah ditakdirkan boleh berbuat demikian. semua orang mahu hidup lama, mahu panjang umur( berbahagialah orang yang panjang umurnya dan panjang pula amal baiknya.

soal ajal adalah ketetapan mutlak daripada Allah s..wt.. apa yang telah diputuskannya, itulah yang berlaku. manusia dengan sikap dan sifat yang tersendiri tetap juga berharap-harap agar ketetapan untuknya masih belum sampai. kata nabi s.a.w dalam sebuah hadis: " setiap manusia pasti akan menjadi tua, tetapi jiwanya tetap muda dala dua perkara - kemahuan terhadap harta benda dan keinginan untuk umur panjang.

tidak salah mahu umur panjang, malah ia merupakan bonus sekiranya boleh dimanfaatkan dengan perkara yang diredhai Allah. Umur menjadi aset paling penting dalam melakukan pengabdian dan ketaatan kepada ALlah s.w.t. ertinya beramal dan berbuat taat, bukan sekadar selepas rasa dewasa atau menjelang hari tua, sedangkan sedari muda lagi, malahan dari kanak-kanak lagi perlu dibaisakan supaya tabiat itu sebati dalam perlakuan menjelang hari tua.

kita kita pasti merasa kagum bilamana melihat seorang tua berusia emas begitu istiqomah dan bersungguh- sungguh dengan amal ibadah. ketekunan dan semangat begitu bukan dibina dalam waktu yang singkat. tetswpi usaha dan komitmen yang telah dimulakan sejak lama. tapak dan asasnya sudah kemas dan kkukuh. sebab itulah dia boleh terus beristiqomah, momentum dari usia muda memudahkan untuk terus ' mantain' tekun beribadah diusia emas.

perhatikan, apa saja perkara yang baru hendak dimulakan pada usia yang sudah lanjut. terasa berat, badan sakit- sakit, pinggang lenguh-lenguh... lutut pun dah bergoyang.. di saat itu ramai akan berbisik di hati kecil, kalaulah aku masih kuat...

terasa berat dan payahnya beribadah, jika waktu begitu baru hendak bermula, banyak sekali rintangannya terpaksa ditempuhi...

ayuh! didiklah jiwa mudamu dengan amal kebaikan, agar ia terus sebati dijiwa bilamana tua menjelang tiba...

tua mengejar.......