Tuesday, July 7, 2009

Adab-Adab membaca al- Quran



Membaca al-quran merupakan satu ibadat. Setiap perkataan dan huruf yang disebut akan diberi ganjaran pahala. Selain menimbulkan kesedaran ia juga padat membersihkan jiwa manusia.
Rasullah s.a.w menyeru para sahabatnya agar meluangkan masa untuk membaca dan memahami al-Quran. Di sini disertakan adab-adab membaca Al-quran, agar dapat menjadi panduan untuk kita bersama.

Malam jumaat : Surah al-baqarah, Surah al-maidah
Malam sabtu :Surah Al- An’am Surah Hud
Malam Ahad :Surah Yusuf, Surah Maryam
Malam Isnin :Surah Taha, Surah Al- Qasas
Malam Selasa :Sarah al- angkabut, surah sad
Malam rabu :Surah al- tanzil, surah al-rahman
Malam khamis :Menghabiskan surah-surah yang selebihnya

Membaca Quran untuk keberkesanannya perlu kepada adab-adab tertentu, antaranya:

1.Disunatkan berwuduk, memakai pakaian bersih dan di tempat yang bersih
2.Disunatkan membaca “ hanzalah” dipermulaan bacaan
3.Disunatkan bersugi sebagai membesarkan al-quran dan memuliakannya
4.Hendaklah diberi perhatian membaca: basmalah….
5.Disunatkan membaca dengan penuh perhaitan dan kefahaman dengan demikian dapat melapangkan dada dan menyinarkan hati.
6.Disunatkan menangis atau menimbulkan tangisan sewaktu membaca Al-quran atau melahirkan perasaan sedih dan khusyuk.
7.Memerdukan suara apabila membaca al-Quran
8.Disunatkan membaca dengan tafkhim
9.Disunatkan mengangkat suara atau merendahkan suara apabila membaca al- quran, ini bergantung kepada suasananya.
10.membaca di mushaf lebih afdal daripada membaca secara hafalan.
11.Apabila pembaca tersilap atau terlupa hendaklah dibacakan ayat sebelumnya semula
12.Makruh memutuskan pembacaan dengan percakapan manusia
13.Sebaik- baik bacaan adalah mengikut tertib yang tersusun dalam mushaf
14.Waktu yang diutamakan membaca Al-quran ialah ketika di dalam sembahyang, waktu malam, separuh akhir malam dan sebaik-baik siang selepas subuh.
15.Memelihara kehendak-kehendak maksud ayat apabila membacanya, apabila membaca ayat sajdah hendaklah dilakukan sujud.
16.Disunatkan berpuasa pada hari khatam al-quran
17.Diakhiri bacaan al-quran dengan “ sodako allahu al-a’zim”

No comments: